Ramai diantara kita masih terfikir-fikir lagi perniagaan apa yang sesuai internet. Jika saya sudah boleh membuat website sendiri, apa perniagaan yang ingin saya ketengahkan.
Cuba dengar kisah ini dahulu.
Ada seorang budak remaja yang tidak berapa suka pergi ke sekolah, malah dia banyak menghabiskan masa didalam bilik bermain games dan membina website.
Pakciknya mempunyai sebuah kedai perabut berhampiran rumahnya. Pada suatu hari budak tersebut telah berjumpa dengan pakciknya dan bertanyakan tentang harga perabut dan kos penghantaran. Selang beberapa hari dia datang kekedai pakciknya dan menyuruh pakciknya menghantar perabut kebeberapa tempat sambil membayar cash kepada pakciknya harga barangan
dan kos penghantaran.
Selang beberapa hari lagi, dia melakukan perkara yang sama, dan dia berjaya menjual begitu banyak barangan di kedai pakciknya hanya dengan mengiklankan melalui website yg diciptanya sendiri.
Dia tidak perlu memiliki kedai, dia tidak perlu memiliki barangan, dia tidak perlu menyewa kedai, dia tidak perlu mengupah pekerja, dia tidak perlu....dan tidak perlu....modal yang besar.
Dipendekkan cerita, sekarang ini pakciknya sudah pun menjadi pengurus operasi di syarikat anak buahnya itu, dan sekarang ini mereka mengimport berpuluh puluh kontena perabut setiap bulan dari negara China dan Indonesia hanya untuk memenuhi pasaran di USA.
Begitu juga anda, banyak perniagaan disekeliling anda....ada tak kawan2 yang mempunyai perniagaan?
seperti perniagaan hotel atau homestay?
seperti sewa kereta?
seperti menjual borong barangan pasar malam?
seperti membekal ikan keli?
seperti membekal serunding/sambal/atau barangan dalam botol?
seperti menjual tudung atau baju atau toto atau kain batik?
seperti menjual kerongsang atau barangan perhiasan?
seperti menjual kicap char koey teow/kuah rojak ?
seperti perniagaan online yang lain score A, vemmabuilder ?
macam2 ada kalu kita mula mencari perniagaan yang boleh kita pasarkan.
Ingat marketing adalah nyawa sesuatu perniagaan, production adalah
tulang belakang perniagaan, dan service yang baik adalah rohnya.
Jadi jika anda menguasai ilmu marketing maka perniagaan itu akan
bernyawa dan bergerak.
Oleh itu perniagaan untuk diketengahkan bukan satu masalah untuk
anda bergiat didalam bidang perniagaan online.
0 comments:
Post a Comment