Brian Tracy di dalam videonya “10 Keys To Personal Power” menyatakan bahawa “SELLING is only when you’re FACE-to-FACE with the REAL LIFE PROSPECTS who is willing and capable of buying a product…everything else than that is a SELF-DELUSION”.
Hukum Usaha Tidak-Langsung (The Law of Indirect Efforts)
Jika kita mahu seseorang berminat dengan kita, secara 'direct' nya kita perlu beritahu orang itu segalanya mengenai diri kita. Akan TETAPI cara 'indirect' lebih berkesan untuk digunakan. Hanya dengan semudah dengan menunjukkan minat kepada orang itu. Ini kerana sebanyak mana kita minat terhadap seseorang itu, maka sebanyak itulah akan ada seseorang minat kepada kita. Malah di dalam Islam sendiri menyuruh umatnya berbuat kebaikan kerana satu kebaikan yg dibuat akan dibalas dgn 10 kebaikan.
Begitu juga jika kita mahu berasa gembira, secara 'direct' nya adalah kita hanya perlu buat sesuatu yang akan menjadikan diri kita gembira. Tetapi, kegembiraan yang sangat indah dikecapi dan boleh bertahan lama datangnya dari membuat seseorang yang lain berasa gembira. Berdasarkan Law of Indirect Efforts, apabila anda melakukan atau berkata tentang sesuatu yang boleh membuatkan orang lain gembira, anda sendiri akan berasa gembira. Anda sebenarnya akan merangsang jiwa anda sendiri, kepercayaan dan keyakinan diri anda sendiri.
Bagaimana pula jika kita mahu orang lain hormat kepada kita? Cara terbaik adalah dengan menghormati mereka. Apabila kita menunjukkan rasa hormat atau minat kepada orang lain, mereka akan merasa hormat dan meminati kita juga. Dalam hubungan sesama manusia, inilah yang dipanggil Prinsip Saling-Membalas (Priciple of Reciprocity). Bila kita melakukan sesuatu kebaikan kepada orang lain, orang itu akan turut mahu membalas kebaikan tersebut dengan melakukan kebaikan kepada kita semula. Kebanyakan percintaan dan persahabatan adalah berdasarkan kepada prinsip ini.
Bagaimana jika kita mahu seseorang supaya yakin terhadap kita, berdasarkan Hukum Usaha Tidak-Langsung ini? Jawapannya adalah dengan meyakini beliau. Apabila kita menunjukkan yang anda percaya dan mempunyai keyakinan ke atas seseorang, dia akan cenderung untuk percaya dan mempunyai keyakinan terhadap kita. Anda akan dapat semula apa yang anda telah berikan.
0 comments:
Post a Comment