Subscribe Newsletter

Email:

Click here Your Ads Here.

Thursday, October 8, 2009

"Retire From Real Life"

TRENDS
.people are living longer-life expectancy for women is 76 years and men 72
.they are marrying and having children later
.at retirement age, the children are still in school or university.
.70% of retirees use up all their epf money within three years after retiring.

LIVING COSTS AND INFLATION
.inflation is 6% in urban areas
.3 meals a day at rm20 now may cost rm64 in 20 years
.rm500'000 in your epf or bank account at retirement may have the purchasing power of rm145'053 in 20 years
.medical inflation is 15% each years

CASE STUDY
.if a family in kuala lumpur with two kids and two cars needs rm5000 today , at retirement, expenses should go down to rm3500 or 70% of one's current lifestyle
.one would need rm747,000 if one were to live for 25 years, but the average contributor has only rm106,000 in his epf account when he retires.

Wednesday, October 7, 2009

Mencapai Impian Kebebasan Berkewangan & Bebas Dari Belenggu Kewangan

Kegawatan ekonomi yang melanda kebelakangan ini, banyak menimbulkan masalah kepada rakyat Malaysia. Ramai di antara kita telah pun dibuang kerja. Yang paling menyedihkan, ahli keluarga yang mempunyai tanggungan yang ramai serta mengharapkan kerja makan gaji semata-mata turut menjadi mangsa.

Kilang terpaksa ditutup, ribuan pekerja terpaksa diberhentikan, tenaga pakar mesti dikurangkan, masalah pengangguran semakin meningkat dan pelbagai permasalah lagi yang timbul akibat kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Saya tahu, semua ini adalah mimpi ngeri buat anda!

Oleh itu, cuba anda fikirkan... Sekiranya dengan bekerja makan gaji pun sudah tidak dapat membantu anda lagi, dari manakah lagikah anda perlu mendapatkan wang untuk menanggung kehidupan seharian anda & keluarga anda? Bil-bil yang perlu dibayar pada setiap bulan, makan minum harian anda, tanggungan anak-anak untuk ke sekolah... Dari manakah anda ingin mendapatkan wang untuk menanggung mereka semua & juga diri anda sendiri?!

Saya yakin anda cukup bijak untuk memikirkan inisiatif lain tentang bagaimana untuk memperbaiki kembali tahap kewangan anda iaitu dengan memulakan perniagaan anda sendiri! Tetapi, malang sekali, bukan mudah untuk anda membina perniagaan sendiri. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.

Lagipun, sesebuah empayar perniagaan yang berjaya, tidak mampu dibina dalam masa beberapa hari atau beberapa bulan sahaja. Ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang cukup tinggi untuk menghadapi semua itu. Tetapi, sekarang, anda sudah cukup 'jatuh' diuji dengan masalah kewangan. Cukup terseksa dengan masalah kehilangan punca pendapatan. Apa lagi yang patut anda lakukan?


HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK MAKLUMAT LANJUT...

"Permulaan Untuk Niaga"

Anda perlu mempunyai sistem bisnes yang lengkap dan tersusun. Sistem bisnes ini dipanggil 5M di mana ia melambangkan aspek-aspek penting dalam pengurusan perniagaan yang berjaya.

1) MARKET - pasaran anda
Market information - analisa pesaing dan keadaan pasaran yang anda ingin ceburi
Market distribution - produk / khidmat yang ingin anda jual, penghantaran produk
Market position - bagaimana anda hendak menempatkan produk/khidmant anda, target pasaran, cara pemasaran dan promosi

Sebelum menceburi apa jua bidang perniagaan, anda perlu menyelidik serba sedikit tentang bisnes tersebut. Jangan buat bisnes pakai hentam, terikut-ikut cakap orang atau "syok sendiri" sahaja dengan menyangka, asal buat bisnes, pasti duit akan mencurah-curah.

Dalam realiti sebenar, sebuah bisnes itu mengambil masa 1-2 tahun untuk developed, stabil dan berdaya-saing. Jadi, jika anda sekadar mahu cepat untung tapi tidak bersedia untuk berkorban demi untuk memajukan bisnes anda, besar kemungkinan anda akan mudah terjebak dengan pelbagai skim cepat kaya atau program main-duit yang merata-rata di pasaran.


2) MATERIAL - Bahan mentah (jika buat sendiri produk/khidmat) atau pembekal anda
Anda perlu pastikan bahawa produk / khidmat anda itu dapat disediakan dari masa ke semasa, mengikut permintaan pasaran (demand). Dalam erti kata lain, anda perlu pastikan anda sentiasa bersedia untuk supply produk tersebut.

Ramai orang bila fikir pasal nak set-up bisnes, mereka rasa mereka kena buat A to Z. Dari membuat produk, sampai-lah kepada menyerahkan produk ke tangan pelanggan dia kena buat.

Sebenarnya, bila buat bisnes, TAK SEMESTINYA anda perlu buat A to Z. If you want to do business in food industry, tak semestinya you must own a restaurant.

Sebenarnya, just by having a website, you can turn it into your own "money-making food shop". Dengan membuat deal dengan pembekal tertentu seperti nasi beriyani johor, anda boleh pamerkan pakej makanan yang anda ingin jual dan jualkan ia dalam kuantiti besar seperti tempahan berkumpulan atau catering. Sapa cakap nak berniaga makanan anda kena pandai masak atau kena ada restoran?

Yang perlu anda miliki sebenarnya adalah KEMAHUAN UNTUK BERJAYA! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan nya.

3) MACHINERY - Peralatan untuk bisnes (equipment)
Peralatan (equipment) untuk bisnes memang penting bagi memastikan bisnes anda berjalan dengan lancar. Tetapi JANGAN TUNGGU sampai anda memiliki KESEMUA PERALATAN, baru anda nak gerak. Kekadang orang, sudah miliki kesemua peralatan pun, masih tak gerak-gerak jugak.

Yang penting, peralatan asas itu mesti ada. Sebagai contoh, itu buat bisnes berasaskan marketing, anda perlu ada handphone (untuk memudahkan perniagaan) dan kenderaan (untuk memudahkan pergerakan). Takde laptop komputer, tak jadi penghalang sebab cyber cafe berlambak beb! Murah pulak tu... setakat nak buat quotation atau proposal, dalam email pun boleh, send thru internet.

4) MANPOWER - Pekerja atau tenaga kerja
Pada permulaan, anda mungkin fikir untuk membuat segala-galanya dengan tangan sendiri. Tapi seperti yang saya katakan tadi, dalam sistem bisnes yang berjaya, tak semestinya anda kena buat semua benda. Mungkin ada bagusnya jika anda serahkan part tertentu yang anda tidak pandai, kepada pekerja yang mahir melakukannya. Tak pandai masak, kita upah tukang masak atau cari pembekal makanan. Tak pandai menjual, kita upah jurujual atau buat sistem referral berasaskan komisyen.

Yang penting, anda tak perlu menjadi seorang yang begitu sempurna, mahir semua benda untuk jadi usahawan yang berjaya.

5) MONEY - Modal perniagaan
Of course, untuk menjayakan sesuatu bisnes, anda pasti memerlukan duit (modal). Duit memang penting, tapi untuk menjadi business owner, anda tidak semestinya perlu menggunakan modal besar pun. Jika anda tahu apa yang penting untuk dilakukan dalam bisnes anda, tentu ada jalan untuk menjayakannya, tanpa memerlukan modal yang besar. Sebab kekadang orang yang berniaga guna modal beratus juta sekalipun, belum tentu untung jugak. Banyak yang jatuh bangkrap selepas setahun dua sebab mereka tak faham apa perkara yang penting untuk dilakukan dalam bisnes mereka.
 
Copyright 2009 Blog Usahawan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan